Sukan Hari Ini

Man United, PSG Intai Lewandowski

BERLIN: Penyerang Bayern Munich, Robert Lewandowski menerima tawaran daripada Paris Saint-Germain dan Manchester United, menurut laporan majalah bola sepak Jerman, Kicker, hari ini.

Kicker melaporkan Lewandowski, yang masih memiliki kontrak bersama Bayern sehingga 2021 tidak gembira dengan rancangan kelab itu yang hanya berhasrat melanjutkan kontraknya selama setahun.

Difahamkan, penyerang Poland itu mahukan perjanjian untuk tempoh jangka panjang.

“Ketika ini, dia mempunyai tawaran daripada Manchester United dan Paris Saint-Germain,” lapor majalah berkenaan.

Penyerang berusia 30 tahun itu sudah menjaringkan 189 gol dalam 240 perlawanan bersama Bayern sejak menyertai kelab itu pada 2014 dan kerap dikaitkan dengan perpindahan ke kelab-kelab utama Eropah.

Dia menyuarakan hasratnya secara terbuka untuk menyertai Real Madrid musim panas lalu sebelum membuat keputusan kekal di Munich.

Dalam satu temuramah bersama Kicker pada Mac lalu, Lewandowski berkata dia terbuka untuk melanjutkan kontraknya di Bayern.

“Kami sudah mengadakan perbincangan awal, tetapi ia akan mengambil sedikit masa kerana ketika ini, fokus saya adalah untuk menamatkan saingan musim ini. Tetapi ya, saya boleh membayangkan untuk kekal lebih lama.” – AFP

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");