Perak Hari Ini

Masjid Daerah Tapah Kini Dikenali Sebagai Masjid Sultan Nazrin Muizzuddin Shah

TAPAH- Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat bagi merasmikan Masjid Daerah Tapah hari ini.

Pada majlis tersebut, Baginda turut bekenan menamakan masjid berkenaan dengan nama baginda iaitu Masjid Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Masjid yang tersergam gah selepas susur keluar plaza tol Tapah tersebut mula dibina pada tahun 2012 dan siap sepenuhnya oada Mei 2015 dimana telah menelan kos kira-kira RM6 Juta.

Turut hadir mengiringi baginda, Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu serta Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) di sini, hari ini.

Baginda pada majlis tersebut bersama-sama rakyat untuk berbuka puasa.

Dalam pada itu, baginda berkanan untuk menyampaikan zakat bernilai RM140,500 kepada empat orang penghulu mukim dari Mukim Sungkai, Chenderiang, Batang Padang dan Bidor yang akan diagihkan kepada 562 orang penerima asnaf yang layak.

Semasa majlis berkenaan juga, Pengurus Besar Tenaga Nasional Berhad (TNB) Perak, Raja Datuk Abd Jalil Raja Zaid turut menyampaikan zakat fisabilillah dari pihak TNB sebanyak RM25,000 kepada Pengurus Masjid, Shahrul Affendi Baharuddin.

Baginda Sultan turut berkenan untuk menyempurnakan solat maghrib secara berjemaah di masjid tersebut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");