Berita Hari Ini

Mayat Lelaki Warga Emas Ditemukan Di Sungai Kuyuh

KUALA LUMPUR: Mayat seorang lelaki warga emas ditemukan di Sungai Kuyuh berhampiran Jalan Raya 1, Taman Serdang Jaya, di sini, malam ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia berkata, seramai 10 anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Serdang membantu mengeluarkan mayat mangsa.

“Kami terima panggilan kecemasan daripada pihak polis pada pukul 9.16 malam tadi berhubung penemuan itu. Sebaik tiba, kami mendapati ada mayat seorang lelaki dalam sungai berkenaan.

“Kami mengambil masa beberapa minit untuk membawa keluar mayat berkenaan,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Menurutnya, berdasarkan keadaan fizikal, mangsa dipercayai berusia lingkungan 70-an.

Tambahnya, mayat lelaki warga emas itu kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan seterusnya. – BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");