Perak Hari Ini

MB Hadir Majlis Ihya Ramadan, Raikan 102 Asnaf

TAPAH: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu hari ini hadir menyempurnakan Majlis Ihya Ramadan anjuran Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Masjid Al- Mukmin, Kampung Batu Tiga, di sini.

Dalam majlis itu, Ahmad Faizal turut menyampaikan sumbangan kepada 50 orang golongan asnaf, 40 orang pelajar cemerlang daripada Masyarakat Orang Asli serta menyerahkan replika kunci rumah Projek Baiti Jannati kepada 12 keluarga.

“Program seperti ini merupakan sesuatu yang baik dalam membela nasib golongan yang memerlukan dan kerajaan negeri sentiasa fokus dalam membantu mereka.

“Selain itu, dalam tempoh setahun kita membentuk kerajaan baharu ini, beberapa inisiatif telah diambil bagi memastikan golongan sasar terutamanya mereka yang berada dalam kumpulan B40 dapat menjalani kehidupan lebih baik berbanding sebelum ini.

“Antaranya ialah Rumah Perakku dan juga Kad Perak Prihatin yang memanfaatkan 17,000 rakyat negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada satu sidang media selepas menyempurnakan Majlis Ihya Ramadan di Masjid Al- Mukmin, di sini.

Dalam perkembangan sama, Ahmad Faizal juga menyampaikan berita baik kepada penjawat awam iaitu pengumuman bantuan khas kewangan sebulan gaji atau minimum RM2,000, sebagaimana yang diumumkan pada Bajet 2019 Negeri Perak.

Difahamkan ia merupakan kesinambungan daripada bantuan khas yang diberikan pada Disember tahun lalu dan pembayaran kedua akan dibuat pada 16 Mei nanti.

Bantuan khas kewangan tersebut akan memberi manfaat kepada 13,390 orang penjawat awam Negeri Perak.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");