Perak Hari Ini

MB Inc Nafi Jual Tanah Lapangan Terbang Taiping

IPOH: Perbadanan Menteri Besar Perak (MB Inc) menafikan laporan sebuah portal bahawa kerajaan negeri akan menyerahkan tapak bersejarah Lapangan Terbang Taiping kepada pemaju swasta untuk pembangunan bercampur.

Menurut kenyataan Unit Korporat MB Inc, pentadbiran terdahulu telah meluluskan tanah seluas 10 hektar di Lapangan Terbang Taiping di Tekah kepada pihak pengurusan MB Inc sebelum ini bagi tujuan pembangunan dengan kerjasama pemaju swasta.

Katanya, cadangan pembangunan bercampur itu telah diluluskan secara prinsipal oleh pentadbiran terdahulu dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan bertarikh 28 Mac 2018.

Walaubagaimanapun menurut satu kenyataan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, beliau telah membatalkan kelulusan berkenaan pada 16 Januari 2019.

“Keputusan tersebut telah dimaklumkan kepada pengurusan baharu MB Inc oleh Pengarah Tanah dan Galian Perak melalui surat yang bertarikh 17 Januari 2019.

“Dakwaan syarikat ini akan menyerahkan tanah Lapagan Terbang Taiping kepada pemaju seperti yang dilaporkan adalah tidak benar sama sekali,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");