Perak Hari Ini

MB Inc Prihatin Nasib Asnaf

TAPAH: Perbadanan Menteri Besar (MB Inc) telah memberikan sumbangan dan bantuan kepada 100 orang asnaf di Kampung Temoh, di sini, baru-baru ini.

Fatimah Deris, 84, yang tinggal seorang diri semenjak kematian suami merupakan antara penerima sumbangan menerusi Program Ihya Ramadan MB Inc.

Menerusi satu kenyataan, selain sumbangan berbentuk zakat, MB Inc turut menghulurkan bantuan seperti beras dan kotak makanan kepada kesemua penerima yang disempurnakan Pengurus Kanan MB Inc, Nor Afzanizam Abd Manan.

Selain itu, MB Inc turut menderma lima naskah Al Quran dan 40 naskah Surah Yassin kepada Surau lkhlasiah, Kampung Raja Temoh, Chenderiang, di sini, yang diwakili Pengerusi Jawatankuasanya Aslam Bus.

Pada majlis yang sama, kesemua kakitangan MB Inc dan penduduk kampung setempat hadir bersama-sama berbuka puasa di perkarangan surau berkenaan.

Antara yang hadir sama Penolong Pegawai Daerah Batang Padang, Azril Fazi Kamaruddin; Pegawai Khas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenderiang, Wan Noor Fairuz Zulkifli serta Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Temoh Stesen, Mohamad Kamil Puazi Mahfud.

Berucap dalam majlis, Nor Afzanizam berkata tanggungjawab sosial korporat MB Inc menerusi Ihya Ramadan itu merupakan inisiatif mereka dalam berkongsi keuntungan dengan golongan yang kurang bernasib baik.

“Sumbangan tersebut sedikit sebanyak dapat membantu menyelesaikan masalah kewangan golongan asnaf,” katanya.

Difahamkan program yang sama turut telah dan akan dijalankan di Ipoh, Trong dan Pengkalan Hulu.

Terdahulu, semasa Program Ihya Ramadan berlangsung di Trong, Ketua Pegawai Eksekutif MB Inc Anuar Zainal Abidin telah menziarahi tiga buah rumah yang mana penerima-penerimanya uzur dan tidak berkemampuan untuk ke majlis untuk menerima sumbangan secara terus.

MB Inc telah menyerahkan Zakat kepada 100 Orang Asnaf dan juga 1,000 paket bubur lambuk kepada penduduk kampung sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Trong.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");