Perak Hari Ini

Mereka Perlu Akur Akan Kekalahan Yang Dihadapi- Syed Saddiq

IPOH: Kenyataan pemimpin UMNO mengenai kemungkinan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan diadakan secara mengejut menunjukkan parti itu masih tidak dapat menerima hakikat dengan kekalahan dalam PRU-14.

Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Pengerusi Jemaah Penasihat Umno, Tengku Razaleigh Hamzah semalam adalah tidak berasas.

“Saya rasa dia masih terkejut bahawa UMNO tewas pada pilihan raya lepas.

“Mereka perlu akur kepada pilihan rakyat dan kalau mereka masih terkejut, belajar untuk ‘move on’ kerana fokus kami sekarang adalah untuk mentadbir dengan cekap dan terus berkhidmat kepada rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis doa kesyukuran dan berbuka puasa anjuran Armada Bersatu Perak di Laman Seri Ridzuan di sini hari ini.

Ujar Syed Saddiq lagi, pilihan raya lepas baru sampai satu tahun dan kita masih ada empat tahun lagi dan mereka sudah hendak fokus kepada PRU yang baharu.

“Kalau sudah jadi pembangkang, jadilah pembangkang yang baik iaitu dengan mempunyai fokus yang baik agar rakyat dapat menilai dan kami juga akan menjadi kerajaan yang baik dalam memberi khidmat kepada rakyat,” katanya.

Semalam, Tengku Razaleigh berkata, UMNO perlu mula bersedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan termasuk berlakunya PRU-15 secara mengejut.

Tengku Razaleigh yang juga Ahli Parlimen Gua Musang berkata, persediaan tersebut termasuklah berhubung pengagihan kerusi untuk ditandingi yang perlu dibincangkan bersama rakan parti pembangkang iaitu, Pas serta parti komponen Barisan Nasional (BN) yang lain.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");