Sukan Hari Ini

Messi, Suarez Direhatkan Barca Menjelang Aksi Dengan Liverpool

Barcelona merehatkan Lionel Messi dan Luis Suarez dalam kunjungan ke Celta Vigo bagi aksi LaLiga, awal pagi esok sebagai persiapan menghadapi Liverpool dalam separuh akhir kedua Liga Juara-Juara Eropah di Anfield, Rabu ini.

Skuad kendalian Ernesto Valverde itu memperoleh kelebihan tiga gol dalam separuh akhir pertama di mana Suarez menjaringkan gol ke atas bekas kelabnya itu sebelum Messi mencuri tumpuan dengan menjaringkan dua gol pada lewat permainan.

Jaringan kedua Messi — sepakan pecuma gemilang dari jarak 30 ela yang menewaskan penjaga gol Liverpool, Alisson — merupakan gol ke-600 Barca walaupun dia tidak akan terlibat dalam perlawanan menentang Celta.

Dangan pasukannya telah menjuarai LaLiga musim ini, Valverde membuat keputusan untuk merehatkan beberapa pemain utama seperti penjaga gol, Marc-Andre ter Stegen, Gerard Pique, Sergio Busquets, Jordi Alba dan Ivan Rakitic menjelang perlawanan itu.

Ia berbeza dengan Liverpool yang tidak boleh merehatkan sebarang pemain menjelang aksi timbal balik, Rabu ini.

Skuad kendalian Jurgen Klopp itu hanya ketinggalan satu mata di belakang pendahulu Liga Perdana Inggeris, Manchester City, menjelang kunjungan ke Newcastle United, awal pagi esok.

Andai The Reds tewas dalam perlawanan itu, ia akan mengesahkan kejayaan skuad bimbingan Pep Guardiola itu mempertahankan kejuaraan andai menewaskan Leicester City, sehari kemudian.-Arena

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");