Membawang Hari Ini

Mira Mahu Khatam Al-Quran Sepanjang Ramadan

KUALA LUMPUR: Mira Filzah berharap azam khatam al-Quran sepanjang Ramadan tercapai.

Mira atau nama penuhnya, Nur Amirah Filzah Badioezaman memberitahu, sudah lama dia menyimpan hasrat untuk khatam al-Quran pada Ramadan, namun sering gagal apabila sibuk bekerja.

“Ya, hendak khatam al-Quran pada bulan puasa. Azam setiap tahun tapi tak pernah tercapai.

“Apabila sibuk bekerja dan berada di lokasi penggambaran, mulalah azam itu ‘ke laut’ (tidak berhasil). Harap-harap Ramadan tahun ini lebih rajin dan lebih kuat iman,” katanya.

Mira berkongsi azamnya itu ketika membalas pertanyaan peminat mengenai perkara yang hendak dilakukan sepanjang Ramadan.

Terdahulu, pelakon drama Lelaki Kiriman Tuhan itu membuka ruangan soalan melalui Instagram Story dan menjawab pertanyaan pengikut.

Mira turut mengajak peminat belajar memahami setiap surah yang dibaca ketika solat lapor BHarian.

“Insya-Allah mungkin Ramadan ini kita boleh cuba memahami setiap lafaz dalam solat. Ini termasuk maksud di sebalik surah al-Fatihah dan surah lain,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");