Panasnya Hari Ini

Mujahid Senada Anwar: Rasuah Juga Boleh Berlaku Dalam PH

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mujahid Yusof menggesa sokongan diberikan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meskipun tindakan diambil terhadap pemimpin Pakatan Harapan (PH).

Ketika ditemui pemberita malam tadi, Mujahid berkata beliau bersetuju dengan pendapat Presiden PKR, Anwar Ibrahim bahawa rasuah juga boleh berlaku di kalangan pemimpin PH.

“Saya tidak mengatakan bahawa rasuah berlaku di sesetengah pihak sahaja, tetapi ia boleh berlaku kepada sesiapa, termasuk pemimpin Pakatan Harapan. Jadi, jika ada bukti seperti itu, biarkan undang-undang menentukan.

“Kita telah berikan SPRM peluang besar untuk mengambil tindakan tanpa gentar. Kita perlu sokong SPRM, kita tak boleh bias apabila berlaku rasuah. Salah untuk bersikap bias,” tambah Anggota Parlimen Parit Buntar itu.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di majlis berbuka puasa dan program Kembara Rahmah Nur Ramadan di masjid Maqbul, Teluk Kumbar Pulau Pinang malam tadi.

Semalam, Anwar yang juga anggota parlimen Port Dickson mendakwa bibit-bibit mempamerkan limpahan kekayaan sudah mula menonjol dalam kalangan pimpinan PH.

“Bukan saja dalam BN, PH pun dah nampak bibit-bibit sedemikian. Luar biasa,” katanya.

Anwar berkata, mungkin akan timbul kritikan sinis yang mengatakan SPRM tidak berani mengambil tindakan terhadap pemimpin yang berkuasa.

Mengulas lanjut, Mujahid berkata kerajaan sedar bahawa amalan rasuah tidak terbatas kepada kumpulan atau individu tertentu lapor MKini.

“Ia berlaku dalam semua sektor dan kumpulan, sama ada mereka pegawai kerajaan atau orang awam.

“Kita sangat jelas apabila kita melancarkan pelan antirasuah nasional, terdapat beberapa sektor yang terdedah kepada rasuah seperti badan kehakiman, jabatan penguatkuasaan dan perolehan, parti politik, agensi kerajaan, semuanya terdedah kepada rasuah bagi mereka yang tidak dapat mengawal diri mereka,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");