Panasnya Hari Ini

Najib Terima Tajuk Debat Lim, Tapi…

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersetuju dengan tajuk debat berkenaan kleptokrasi yang dicadangkan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang.

Namun beliau berharap topik lain juga dapat dibincangkan dalam perdebatan antara mereka nanti.

“Lim telah setuju untuk berdebat dengan saya.

“Dia cadangankan topik debat…Saya terima tajuk yang disarankannya tetapi seadilnya dan semoleknya kita perlu bincangkan topik-topik lain semasa debat ini,” katanya menerusi hantaran Facebook hari ini, sebagaimana dilaporkan MalaysiaKini.

Beliau menjawab kenyataan Lim terdahulu yang mencadangkan tajuk debat iaitu “Bagaimana Malaysia menjadi kleptokrasi global dan bagaimana kita dapat menjadi contoh negara berintegriti”.

Ia selepas Najib berkata beliau sedia berdebat dengan Lim yang menurutnya sentiasa menulis kenyataan media berkenaannya.

“Sekiranya dia (Lim) cukup lapang untuk menulis pelbagai kenyataan setiap hari, dia sepatutnya lapang untuk berdebat,” katanya.

Namun Lim berkata beliau hanya “berminat” terhadap Najib kerana bekas perdana menteri itu telah membawa kerosakan besar buat negara dengan legasi kleptokrasinya.

Dalam pada itu Najib mencadangkan debat tersebut diadakan selepas sambutan Hari Raya Aidil Fitri dan disiarkan secara langsung di televisyen.

“Pegawai saya akan berhubung dengan pegawai Lim untuk menganjurkan debat ini,” katanya lagi.

Dalam balasannya, Lim berkata beliau tiada masalah jika topik lain turut dimasukkan tetapi subjek debat perlu dikekalkan.

“Saya tiada bantahan untuk membincangkan topik lain, tetapi subjek debat tidak boleh diubah dan perlu diuar-uarkan dengan jelas sebagai ‘bagaimana Malaysia menjadi kleptokrasi global dan bagaimana kita dapat menjadi contoh negara berintegriti’.

Saya juga telah melantik setiausaha politik saya, Syahredzan Johan dan pegawai parlimen, Ahmad Faiz Mustafa, untuk berhubung dengan pegawai Najib untuk memuktamadkan perincian debat selepas Hari Raya,” katanya dalam kenyataan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");