Perak Hari Ini

NGO Bersama Perpustakaan Tun Razak Santuni Warga Tua

IPOH- Perpustakaan Tun Razak (PTR) dengan kerjasama dari Perak Professional Entrepreneur Club (PERPEC) sebuah badan NGO telah mengadakan satu program kebajikan bagi menyantuni warga dari Rumah Seri Kenangan Ulu Kinta.

Pengarah Kanan Pentadbiran dan Kewangan MBI, Saidatul Akma Jamaluddin berkata program yang dianjurkan adalah satu bentuk program kebajikan khususnya kepada masyarakat.

“PTR pada kali ini menumpukan kepada warga emas iaitu dari Rumah Seri Kenangan Ulu Kinta yang mana sangat bersesuaian dengan bulan Ramadhan dimana kita mengadakan aktiviti memasak bubur lambuk,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media semasa program My Love-Dirimu Ku Kasih di Perpustakaan Tun Razak di sini, hari ini.

Menurutnya, seramai 40 orang warga emas telah sama-sama diraikan dan diberikan sedikit sumbangan raya.

“Program seperti ini diharapkan dapat merapatkan lagi hubungan antara pihak PTR dengan warga emas dan juga warga MBI,” katanya.

Katanya lagi, program yang pertama kali diadakan dengan kerjasama pihak NGO itu diharapakan dapat diteruskan pada masa dan jumlah peserta jemputan dapat ditingkatkan.

“Kita juga sentiasa mengalu-alukan agensi luar termasuk NGO untuk berkerjasama dengan PTR bagi menjalankan tanggungjawab sosial kepada masyarakat.

“Harapan pihak kami adalah sumbangan ikhlas tersebut dapat memberikan sedikit keceriaan kepada warga emas dan akan dapat berterusan bukan sahaja bagi pihak PTR tetapi semua warga Ipoh.

Tambah Presiden PERPEC, Nassir Ismail, usaha tersebut adalah untuk memupuk nilai keikhlasan dan silaturrahim yang sedia ada serta dapat membina masyarakat yang sejahtera dan harmoni.

Warga tua serta hadirin turut dihiburkan dengan beberapa persembahan sebagai halwa telinga.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");