Berita Hari Ini

Padah Jual Mercun

SIK; Dua lelaki warga tempatan berusia 26 dan 32 tahun ditahan dalam Ops Lejang Khas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sik selepas menjual mercun dan bunga api tanpa permit di bazar Ramadan Pekan Sik, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Sik Deputi Superintendan Abdull Razak Osman berkata, kedua-dua suspek melakukan kesalahan mengikut Peraturan 74, Peraturan-Peraturan Bahan Letupan 1923 dan ditahan mengikut Seksyen 28A Kanun Prosedur Jenayah.

“Suspek lelaki berusia 32 tahun yang ketika itu berurusan menjual pelbagai jenis bunga api, ditahan 6.45 petang semalam selepas gagal mengemukakan permit apabila diminta pegawai polis.

“Polis turut merampas 24 bungkusan mercun Dragon, 120 bungkusan mercun Bawang, 12 batang Happy Boom Flower Silver, 12 bungkusan Sparulers, satu bungkusan plastik getah serta satu bungkusan plastik bungkusan dianggarkan RM200,” katanya hari ini.

Katanya, suspek berusia 26 tahun pula ditahan di lokasi sama pada 7 malam selepas gagal mengemukakan permit jualan lapor HMetro.

“Antara barangan yang dirampas ialah 67 kotak mercun Pop, 25 batang mercun Glow Of Sunset, 245 batang mercun bunga api, empat batang mercun Happy Boom dan tiga biji mercun Kon Fountain dianggarkan bernilai RM150.

Abdull Razak berkata, kedua-dua suspek bagaimanapun dibebaskan hari ini dengan jaminan polis dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 4(2) Akta Bahan Letupan (1957).

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");