Perak Hari Ini

PAFA Ikat Import Lubnan

TAPAH: Bagi mengukuhkan lagi skuad The Bos Gaurus, Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) mengambil langkah membawa masuk pemain import baharu dari Lubnan iaitu Hussein El Dor.

Presidennya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu pemain posisi pertahanan berusia 25 tahun itu telah menandatangani kontrak sehingga penghujung musim ini bagi menggantikan pemain import dari Australia, Zac Anderson yang terpaksa digugurkan akibat mengalami kecederaan lutut.

“Perkara ini dibuat kerana kita mendapati Zac Anderson telah mengalami kecederaan yang mana mengambil masa untuk sembuh sepenuhnya.

“Jadi, bagi memastikan pasukan Perak dapat bersaing dalam Liga Super 2019 dan pertandingan yang lain, maka kita mengambil keputusan untuk menandatangani kontrak seorang pemain baharu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Wesak 2019 anjuran Persatuan Penganut Agama Buddha Temoh di sini hari ini.

Difahamkan pemain berketinggian 190cm itu dijangka bakal beraksi dalam aksi Liga Super menentang Pahang di Kuantan, esok.

Sebelum menyertai Perak, Hussein pernah beraksi untuk beberapa pasukan lain di Maldives dan Lebanon serta terbaharu pasukan I-League, Churchill Brothers S.C.

Sebelum ini, PAFA telah mengikat dua pemain import baharu dari Brazil iaitu Ronaldo Henrique Silva dan Raianderson Da Costa Morais selepas jendela perpindahan kedua Liga Bola Sepak Malaysia bagi musim 2019 dibuka pada 2 Mei lalu.

Ahmad Faizal berkata kedua-dua pemain telah bersetuju untuk menandatangani kontrak selama enam bulan dan berharap mereka akan dapat membantu skuad bimbingan Mehmet Durakovic memperbaiki kedudukan pasukan dalam kempen Liga Super 2019.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");