Perak Hari Ini

Pasukan Bomba Komited Pastikan Keselamatan Masyarakat Menjelang Aidilfitri

IPOH- Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Negeri Perak komited mengadakan pemantauan keselamatan kebakaran di premis-premis perniagaan menjelang hari raya tidak lama lagi.

Pengarahnya, Azmi Osman berkata, pihaknya akan melaksanakan pemeriksaan di semua gedung-gedung perniagaan menerusi program kempen keselamatan pada setiap tahun yang bermula dari 15 Mei hingga 14 Jun akan datang.

“Kita telah mengenalpasti sebanyak 119 buah pusat membeli belah dan pasaraya telah yang mana memainkan peranan dalam penyediaan keperluan kepada masyarakat Islam bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri.

“Kempen keselamatan kebakaran ini bertujuan untuk memastikan keselamatan para pelanggan khususnya pembeli berada dalam keadaan selamat dari aspek bahaya kebakaran sekiranya mereka bertandang ke pusat membeli belah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media semasa melakukan pemeriksaan bagi Kempen Keselamatan Kebakaran Bagi Penghapusan Bahaya Kebakaran di Mydin, Meru Raya, di sini, hari ini.

Dalam pada itu kata Azmi, pihaknya juga telah membuat pemeriksaan terhadap sistem pam yang berada premis tersebut bagi memastikan semua pam yang ada berada dalam keadaan memuaskan, berfungsi atau sebaliknya.

“Perkara ini cukup penting bagi mengatasi isu kebakaran sekiranya berlaku.

“Pihak kami juga akan memastikan semua jalan keluar yang ada tidak dihalang oleh benda-benda yang boleh mengganggu gugat perjalanan atau pelanggan sekiranya berlaku sebarang kemalangan yang membabitkan kebakaran,” katanya.

Tambah beliau, berdasarkan kepada pemeriksaan secara terperinci, pihaknya telah pun membuat ujian-ujian pam dan memastikan semua jalan keluar selamat

“Semuan komponan berada dalam keadaan yang baik dan saya sarankan kepada semua pusat-pusat membeli belah di negeri ini untuk menjadikan Mydin sebagai satu contoh yang baik dalam menjalanan pernigaan kerana prmis berkenaan bukan sahaja mementingkan kepada keuntungan tetapi juga aspek keselamatan para pelanggan.

“Walaupun kita dapat lihat susunan barang yang banyak dan blok-blok pakaian yang ada namun jalan keluar kepada pelanggan masih sesuai dan mereka dapat melepasan diri jika berlaku perkara yang tidak diingini,” katanya.

Beliau turut berpesan supaya masyarakat sentiasa memikirkan isu berkaitan dengan keselamatan diri terutamanya apabila mereka memasuki gedung-gedung pernigaan menjelang Aidilfitri akan datang.

“Mereka tidak sepatutnya terus mencari keperluan meraka semata-mata tetapi perlulah mendapatkan pandangan daripada pasukan keselamatan yang ada di gendung berkenaan serta mengenalpasti jalan keluar sebenar.

“Jika berlaku sebarang kemalangan, maka mereka dapat mengambil langkah awal untuk melepaskan diri kerana apabila berlaku kebakaran berkemungkinan keadaan menjadi gelap dan elektrik terputus,” katanya.

Katanya lagi, beliau turut menyarankan supaya masyarakat tidak membuat persediaan disaat akhir kerana gedung pernigaan akan menjadi sesak dan jika berlaku sebarang kemalangan orang ramai pasti akan berada dalam keadaan panik sehingga berlaku sesuatu yang memudaratkan diri.

Dalam perkembangan lain, pihak Bomba turut berharap agar golongan masyarakat yang ingin pulang ke kampung sentiasa memastikan kenderaan mereka dalam keadaan baik serta pemanduan mestilah mengikut peraturan yang telah ditetapkan.

“Memadulah secara berhemah untuk pulang ke kampung halaman masing-masing dan setiasa pastikan semua suiz ditutup serta maklumkan kepada jiran yang tidak pulang beraya supaya keselamatan rumah dapat diperhatikan,” katanya.

Selain itu tambah beliau, apabila menjalang perayaan, masyarakat tanpa mengira kaum akan tertumpu dan mengambil peluang bercuti di kawasan berair seperti pantai dan air terjun.

Tegasnya, masyarakat diharapkan dapat memberikan perhatian yang serius kepada anak-anak mereka semasa bermandi-manda supaya tidak tercetus perkara yang tidak diingini walaupun terdapat rondaan secara berkala akan dibuat oleh jabatan bomba sendiri.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");