Perak Hari Ini

Pejuang Negara Tidak Pernah Dilupakan

IPOH- Persatuan Veteran Vat69 Komando mengakui bahawa masyarakat sebenarnya tidak pernah melupakan jasa para pejuang yang telah berkorban demi tanah air tercinta ini.

Buktinya masih ada individu yang sanggung menghulurkan bantuan serta memberikan sumbangan kepada para veteran negara bersempena dengan Program Ziarah Kasih Persatuan Veteran Vat69 Komando pada bulan Ramadhan kali ini.

Yang Dipertuanya, Datuk Abdul Rashid Harun mengulas, program seperti itu diadakan khusus kepada semua veteran yang uzur bersama dengan balu yang tidak berpendapatan terdiri daripada 18 orang vateran yang uzur serta 35 orang balu.

“Sumbangan yang diberikan berupa makanan asas serta wang ringgit, namun, jumlah yang diberikan bukanlah sebagai satu kayu ukur tetapi dilihat lebih kepada tanda ingatan.

“Masyarakat juga tampil pada waktunya, iaitu apabila kita memerlukan sumbangan sebegini.

“Perkara ini menunjukkan bahawa para veteran Vat69 komando yang pernah berjuang sejak zaman ‘assegency’ ini tidak dilupakan oleh masyarakat,” katanya ketika ditemui hari ini.

Selain itu katanya, program berkenaan merupakan satu program yang julung kali diadakan dan pihaknya bakal menjelajah satu semenanjung bagi menyampaikan sumbangan.

“Program ini merupakan salah satu aktiviti persatuan pada tahun ini dan selepas selesai program pada hari ini, rombongan daripada persatuan veteran Vat69 Komando bersama Pengarah Kanan Institut Integriti Malaysia Dr Nizam akan berlepas ke negeri utara pula iaitu Kedah dan Perlis untuk menziarahi rumah para veteran serta balu.

“Pada hari selasa akan datang, kita akan ke Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang dan besar kemungkinan akan turut sampai di Kelantan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada individu-individu yang telah memberi sumbangan antaranya individu-individu koporat dan juga yang pernah berkhidmat dengan pegawai polis.

Katanya, jumlah balu yang dicatatkan kira-kira seluruh Malaysia seramai 150 orang manakala veteran yang uzur kira-kira 50 orang.

Menurut Abdul Rashid lagi, pihak mereka turut akan sama menziarahi individu yang tidak dapat hadir semasa program berkenaan.

Tambahan, Ketua Penolong Pengarah Pesara Hal Ehwal Pesara Polis (Cawangan Hal Ehwal Pesara Polis), Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner. Afandi Senin berkata, pihaknya juga sedang mengumpul data-data veteran yang sedang uzur dan jangkaan untuk mengadakan lawatan untuk mereka melalui program ziara berkenaan.

“Kita perlu mendekati mereka supaya dapat menghulurkan sedikit bantuan kepada yang mereka yang memerlukan.” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");