Berita Hari Ini

Pekerja Sesak Nafas Terhidu Gas Ammonia

KUALA LUMPUR: Seorang pekerja mengalami masalah pernafasan selepas terhidu gas ammonia yang bocor di sebuah kilang ais di Jalan Reko, Kampung Sungai Tangkas, Kajang, semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bangi, Rosman Majid, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.55 petang.

Susulan itu, katanya, anggota menaiki sembilan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bangi dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Tibanya di lokasi 15 minit kemudian, kita dapati paip ammonia bocor di kawasan proses utama.

“Bau boleh dihidu 20 meter dari lokasi, kawasan sekitar tidak berangin dan kediaman berdekatan kira-kira 700 meter.

“Mata mangsa yang sesak nafas itu juga kemerahan, dia dihantar ke Hospital Serdang untuk rawatan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata anggota menutup suis operasi dan injap paip terbabit selepas mengesan kebocoran.

“Polis turut membantu dalam operasi berkenaan.

“Kira-kira 30 minit kemudian, dalam keadaan tiupan angin rendah bau tidak lagi dikesan pada jarak 10 meter,” katanya.- BHarian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");