Berita Hari Ini

Pemandu Honda Accord Langgar Dua Pelajar Diburu

TUMPAT: Pihak polis masih mengesan individu yang melanggar tiga pelajar sekolah sehingga menyebabkan dua daripada mereka maut di Kampung Pasir Puteh, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintendan Ab Rashid Mat Daud, berkata setakat ini pihaknya belum menerima sebarang laporan mengenai kemalangan yang dibuat oleh individu terbabit di mana-mana balai atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD).

“Hasil pemeriksaan dibuat ke atas kenderaan jenis Honda Accord itu didaftarkan atas penama luar dari Kelantan.

“Kami masih mengesan individu terbabit termasuk sama ada masih ada di negeri ini atau melarikan diri ke daerah atau negeri lain,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Dalam nahas jam 7.24 pagi semalam, dua pelajar perempuan Sekolah Menengah Kebangsaan Chabang Empat maut dirempuh sebuah kereta yang terbabas dari arah bertentangan.

Kemalangan berlaku di Kampung Pasir Puteh di sini ketika dua mangsa itu, Nor Asmida Ellyana Abdullah dan Siti Nor Hanim Alya Hamid, masing-masing berusia 17 tahun menunggang motosikal berasingan dalam perjalanan ke sekolah.

Siti Nor Hanim Alya maut di tempat kejadian dan Nor Asmida Elliyana meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Tumpat manakala seorang lagi mangsa, Puteri Balqis, 13, yang juga adik kepada Nor Asmida cedera parah di bahagian kepala dan kini dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

Pemandu kereta yang merempuh tiga pelajar itu bagaimanapun menghilangkan diri selepas kejadian dan meninggalkan kenderaannya sejauh kira-kira 150 meter dari tempat kejadian kerana mengalami kerosakan teruk di bahagian hadapan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.- BHarian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");