Mohamad Ashraf,29, atau lebih dikenali sebagai Acap merupakan juruteknologi makmal Klinik Kesihatan Muar.

Timbalan Menteri Kesihatan, Dr. Lee Boon Chye berkata, sebagai penjawat awam, kemudahan yang diterima Mohamad Ashraf dikekalkan sehingga terdapat keputusan muktamad mengenai keadaan beliau.

“Dia masih hilang, tapi perjawatan masih ada* ada proses tertentu apabila sesorang hilang. Buat sementara, Jabatan Perkhidmatan Awam harus bayar gaji,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar Hentikan Penderaan Peringkat negeri Perak di Meru sini hari ini.

Mohamad Ashraf hilang pada 23 Mac lepas dan operasi pencariannya ditangguhkan sementara berkuat kuasa 17 April lalu setelah tiada sebarang petunjuk baharu ditemukan oleh pasukan mencari lapor Bernama.