Berita Hari Ini

Pendaki Malaysia Meninggal Dunia Ketika Dirawat Di Singapura

SINGAPURA: Pendaki Malaysia yang berjaya diselamatkan pasukan penyelamat, selepas terkandas selama dua malam di Nepal ketika mendaki Gunung Annapurna, disahkan meninggal dunia ketika dirawat di Singapura.

Media tempatan Singapura melaporkan, Chin Wui Kin, 48, diterbangkan dari Kathmandu, Nepal hujung minggu lalu, iaitu lokasi beliau menerima rawatan awal selepas diselamatkan.

Beliau yang juga seorang doktor dan berkhidmat dengan sebuah hospital di sini, berjaya sampai ke puncak Gunung Annapurna setinggi 8,100 meter pada 23 April lalu.

Bagaimanapun, Wui Kin gagal tiba di kem berhampiran yang terletak satu kilometer dari puncak gunung, sehingga mendorong operasi mencari dijalankan sepasukannya.

Pemandu arah atau Sherpa beliau kemudiannya memaklumkan kem terbabit mengenai kehilangannya.

“Namun, helikopter penyelamat berjaya mengesan beliau yang melambai tangan ke arah mereka dari kawasan cerun salji setinggi 7,500 meter pada 25 April lalu,” penganjur ekspedisinya, Seven Summit Treks.

Berikutan itu, empat Sherpa dihantar dari sebuah kem lain yang terletak pada ketinggian 6,500 meter dan selepas empat jam usaha mengesan beliau dan mereka menemui Wui Kin dalam keadaan separuh sedar. – AFP

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");