Perak Hari Ini

Penduduk Sedih Masalah Perumahan Belum Selesai

IPOH: Penduduk Kampung DBI dan Kampung KTM di Buntong hari ini meluahkan rasa sedih kerana masalah perumahan yang dihadapi oleh mereka masih belum selesai.

Ahli Jawatankuasa Pusat Parti Sosialis Malaysia (PSM), Rani Rasiah yang mewakili penduduk kampung tersebut berkata pada 22 Mac lalu ,dalam satu mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pegawai Khas Menteri Besar,di mana masalah perumahan yang dihadapi oleh penduduk dua buah kampung itu serta usaha yang patut dilakukan bagi mendapatkan perumahan alternatif telah dibentangkan.

“Dalam mesyuarat tersebut beliau telah mengemukakan rancangan kerajaan untuk membina 2000 unit rumah pangsa di kawasan kuaters DBI  di mana terletaknya rumah-rumah papan penduduk di situ dan mereka boleh memohon untuk membeli rumah tersebut.

“Cadangan itu membuatkan penduduk berasa hairan dan bimbang kerana kerajaan terdahulu telah berjanji untuk memberikan rumah teres akan tetapi sekarang hanya rumah pangsa yang mereka dapat.

Beliau berkata demikian pada satu sidang media di perkarangan Bangunan Perak Darul Ridzuan, hari ini.

Ujar Rani lagi, penduduk di kawasan tersebut merupakan bekas pekerja serta  ahli keluarga bekas pekerja Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dan Keretapi Tanah Melayu (KTM).

“Selepas bersara, ibu bapa mereka telah dibenarkan membina rumah papan berhampiran dengan kuarters oleh kerana tidak mampu membeli dan menyewa rumah di luar kerana gaji yang diterima sangat rendah.

“Kampung ini telah dibanci sebanyak dua kali iaitu pada tahun 1987 dan 2006 setiap Menteri Besar dari kerajaan terdahulu telah berjanji akan menawarkan perumahan alternatif dalam bentuk lot atau rumah teres.

“Kami memohon agar melibatkan kami dalam segala perbincangan tentang perumahan alternatif dan segala isu berkaitan,” katanya lagi.

Pada perkembangan sama, Rani dan juga penduduk- penduduk kampung tersebut telah hadir bagi menyerahkan surat kepada Menteri Besar bagi memohon tarikh temujanji untuk membincangkan perihal masalah ini dengan harapan satu penyelesaian yang saksama dicapai.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");