Berita Hari Ini

Penjawat Awam Dapat Bonus Aidilfitri RM450

PUTRAJAYA – Kerajaan mengumumkan Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM450 kepada hampir 1.5 juta penjawat awam dari Gred 56 dan ke bawah sebagai persediaan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri 2019.

Menurut Pejabat Perdana Menteri, bantuan khas ini juga akan turut dinikmati oleh hampir 800,000 pesara Kerajaan sebagai menghargai jasa perkhidmatan dengan jumlah bayaran sebanyak RM225.

“Pembayaran bagi bantuan khas ini akan dibuat pada 24 Mei,” katanya menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Bayaran Bantuan Khas Kewangan kepada penjawat awam dan pesara kerajaan itu melibatkan anggaran peruntukan kewangan sebanyak RM855 juta.-Sinar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");