Perak Hari Ini

Penjawat Awam Perlu Henti Main Politik

IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menyeru kepada semua penjawat awam negeri Perak agar hentikan permainan politik dan tumpukan pemikiran serta kudrat dalam menjalankan tugasan masing-masing dengan integriti dan amanah.

Beliau ketika menyampaikan ucaptama dalam Majlis Townhall Perdana Menteri Bersama Penjawat Awam Negeri Perak berkata, masih ada sebilangan kecil di antara penjawat awam yang masih terperangkap dengan sentimen terhadap majikan-majikan lama daripada pentadbiran terdahulu.

“Sebagai manusia, kita tidak terlepas daripada ikatan persahabatan yang dibina di antara penjawat awam dengan anggota pentadbiran sebelum ini.

“Pentadbiran juga sama sekali tidak bermaksud mendesak supaya hubungan silaturrahim itu mesti diputuskan, kerana ia sama sekali bertentangan dengan ajaran Islam yang suci ini dan juga berlawanan dgn prinsip politik matang yang diamalkan oleh kerajaan.

Tegasnya lagi, penjawat haruslah menjaga batas- batas supaya keputusan dan tindakan kita tidak dipengaruhi oleh hubungan persahabatan lama.

“Jangan sekali-kali gadaikan sumpah janji taat setia kepada kerajaan dengan melengah-lengahkan arahan yang diberikan atau tidak melaksanakan arahan atau keputusan, disebabkan konflik sentimen terhadap pentadbiran terdahulu.

“Itu merupakan satu bentuk pengkhianatan kepada amanah yang diberikan oleh rakyat dan jgn sesekali mencemar nama baik institusi penjawat awam yang bekerja dengan penuh dedikasi dan keikhlasan.

“Jalankan amanah kita dengan penuh keikhlasan demi anak kita, demi negara dan sematkan dalam hati, berniatlah bahawa kerja kita adalah sebahagian daripada ibadah,” katanya dihadapan sekitar lebih seribu penjawat awam di Kelab Golf Diraja Perak hari ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");