Panasnya Hari Ini

Penubuhan Lagi Banyak Parti Melayu Akan Pecah Belahkan Bangsa – Dr Mahathir

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad membayangkan, penubuhan semakin banyak parti berasaskan kaum terutama Melayu hanya akan memecah-belahkan lagi perpaduan dalam kaum berkenaan di negara ini.

Beliau berkata penambahan dan penubuhan parti Melayu yang baharu di negara ini akan menyebabkan kaum berkenaan tidak mempunyai satu parti yang besar untuk mewakili mereka.

“Kita bebas tubuhkan berapa banyak parti pun dan kalau kita tubuh 100 parti, itu cukup baik. Orang Melayu akan dibahagikan kepada 100 dan tiada satu parti Melayu besar.

“Sebab itu saya galakkan banyak penubuhan parti Melayu. Kita sengaja tentukan negara kita majoriti 60 peratus Melayu, tetapi berpecah empat tidak mengapa juga, ini berpecah sampai 100,” katanya dengan nada sinis dan disambut gelak ketawa selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu pada Selasa, lapor Bernama.

Dr Mahathir yang juga Pengerusi Bersatu berkata demikian ketika ditanya penubuhan parti politik baharu, Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) dipimpin presidennya Datuk Dr Ibrahim Ali yang juga bekas Presiden Perkasa.

Dilaporkan pada 8 Mei lepas, PUTRA menjadi parti terbaru diluluskan pendaftarannya oleh Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS).

Surat kelulusan pendaftaran PUTRA ditandatangani oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia, Masyanti Abang Ibrahim, mengikut Akta Pertubuhan 1966 dan Peraturan-peraturan Pertubuhan 1984.

Sementara itu, mengulas mengenai mesyuarat hari ini, Dr Mahathir memaklumkan partinya itu tidak lagi dikenali sebagai PPBM setelah mendapat kelulusan menggunakan nama singkatan Bersatu daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).

Selain itu, katanya, kepimpinan parti juga telah bersetuju untuk meminda beberapa perlembagaan parti yang harus dilakukan kerana terdapat beberapa kekurangan terhadap perlembagaan asal sekaligus perlu dibetulkan agar pentadbiran parti menjadi lebih licin.

“Kita juga telah tentukan untuk diadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM). Kena ada EGM untuk pinda perlembagaan, ini adalah keperluan dan untuk EGM ini akan dihadiri oleh mereka yang hadiri mesyuarat agung lepas dan kita akan adakan EGM ini pada 20 Julai 2019,” tambahnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");