Sukan Hari Ini

Penyokong Real Mahu Bale pergi

MADRID: Pengurusan tertinggi Real Madrid terdesak untuk cuba mengeluarkan Gareth Bale dari kelab berkenaan musim panas ini dan tampaknya penyokong juga mahu dia melakukan perkara sama.

Pemain sayap Wales itu kini ketinggalan daripada senarai kesebelasan utama di Bernabeu dengan pengurus, Zinedine Zidane tidak mahu meletakkannya di bangku simpanan ketika tewas di laman sendiri kepada Real Betis minggu lalu.

Gergasi Sepanyol itu terdesak untuk mengurangkan bebanan gaji Bale ketika mereka cuba mengubah pilihan di bahagian serangan musim panas ini dan penyokong juga mahu dia pergi.

Akhbar Sepanyol, AS mengadakan undian dengan penyokong Real menyatakan pilihan terhadap setiap pemain sama ada mereka patut kekal atau meninggalkan kelab itu.

Hampir 5 juta mengambil bahagian dalam tinjauan berkenaan dan Bale menamatkannya dengan kedudukan memalukan di kelompok bawah dengan hanya sembilan peratus undian.

Mariano Diaz; anak Zidane, Luca; Dani Ceballos dan Isco juga tidak disukai penyokong yang melengkapkan lima pemain terbawah dalam undian.

Dani Carvajal, Vinicius Jr, Sergio Ramos, Brahim Diaz dan Alvaro Odriozola dinamakan sebagai lima pemain paling disukai penyokong. – Agensi

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");