Perak Hari Ini

Perak Juara Sukan Politeknik 2019

IPOH- Kerajaan negeri mengucapkan sekalung tahniah kepada atlet-atlet dari Politeknik Negeri Perak yang berjaya merangkul kemenangan bagi Karnival Sukan Majlis Sukan Politeknik Malaysia (MSP) XXVI bagi tahun 2019 di Politeknik Ungku Omar (PUO).

Secara keseluruhan, para atlet telah berjaya merangkul kemenangan dalam tiga acara iaitu bola tampar, takraw sepak berpasukan dan regu.

Alumni PUO, Hasnul Zulkarnain Abd. Munaim yang juga exco kerajaan negeri mewakili kepimpinan Perak mengucapkan syabas kepada majlis sukan serta pihak PUO kerana berjaya melaksanakan acara tersebut dan menjadi vanue pilihan pada karnival kali ini.

“Bukan mudah pihak PUO untuk menguruskannya kerana dari pihak mereka sendiri baru sahaja selesai beberapa acara besar seperti Sukan Malaysia (SUKMA) dan Ulangtahun politeknik.

“Tetapi ini lah kegemilangan yang cuba kita tampilkan untuk menjadi contoh kepada pelajar-pelajar yang lain,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menghadiri majlis perasmian penutup Karnival Sukan Majlis Sukan Politeknik Malaysia (MSP) XXVI di PUO di sini hari ini.

Beliau berkata, adalah menjadi harapan negara apabila melihat kejayaan atlet pada hari ini dapat menjadikan mereka pelapis kepada atlet-atlet Malaysia pada masa akan datang.

“Kita melihat kesungguhan mereka memeriahkan acara disamping terdapat banyak pembaharuan kepada kejayaan sukan politeknik sendiri,” katanya.

Dalam perkembangan yang sama, Politeknik Ungku Omar telah dipilih menjadi tuan rumah Karnival Sukan MSP kali ke-26 yang berlangsung selama 5 hari bermula 29 April sehingga 3 Mei yang mempertandingkan sebanyak lima acara iaitu bola sepak, bola jaring, bola tampar, takraw sepak berpasukan dan regu serta hoki sembilan sebelah.

Kesemua atlet yang menyertai karnival sukan tersebut terdiri daripada pelajar-pelajar dari 36 politeknik daripada 13 buah negeri yang melibatkan seramai 1067 orang atlet iaitu 681 atlet lelaki, 386 orang atlet perempuan dan 212 pegawai.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");