Sukan Hari Ini

Perak Perlu Kikis Imej ‘Pakar Seri’

PERAK perlu mengekalkan momentum bagi memburu kemenangan untuk mengikis gelaran pakar seri apabila turun menentang PKNS FC di Stadium Shah Alam, malam esok.

Tujuh kali seri, dua kemenangan dan dua kekalahan nyata menjejaskan imej juara Piala Malaysia 2018 itu yang baru mengutip 13 mata dalam pusingan pertama.

Liga Super akan memasuki pusingan kedua yang bermula malam esok dan Perak perlu mengutip sebanyak mata yang mungkin dalam baki 11 perlawanannya.

Memetik laporan Stadium Astro, pengendali The Bos Gaurus, Mehmet Durakovic, berharap anak buahnya mampu mengulangi aksi bertenaga seperti ketika menumpaskan PKNP FC 4-0 di Seri Manjung, 27 April lalu.

“Hanya persembahan seperti itu dapat menjamin kejayaan. Pemain Perak perlu memanfaatkan peluang yang diperoleh.

“Jadi, saya berharap pemain mampu mengulanginya,” katanya.

Bagaimanapun, Durakovic sedar laluan sukar yang menanti Perak kerana PKNS bukan calang-calang pasukan.

“Perlawanan ini pasti tidak mudah kerana PKNS FC adalah pasukan yang bagus.

“Mereka memiliki pemain tempatan dan import yang bagus.

“Kami sudah ada pengalaman bertemu mereka dan sehubungan itu, pemain Perak sepatutnya tahu jangkaan dalam perlawanan ini,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");