Sukan Hari Ini

Perak Tidak Dapat Turunkan Leandro

Perak tidak akan dapat menggunakan khidmat Leandro Dos Santos apabila turun menghadapi Melaka United dalam saingan Liga Super di Stadium Perak, Ipoh, malam esok.

Ini kerana pemain tengah dari Brazil itu perlu menjalani penggantungan dua perlawanan gara-gara mengutip enam kad kuning.

Ketua jurulatih Perak, Mehmet Durakovic, berkata ketiadaan Leandro sudah pasti akan memberi kesan kerana pemain itu mempunyai impak besar.

“Dia mempunyai peranan besar di bahagian tengah kami setakat ini.

“Ketiadaannya pasti akan menjejas jentera tengah Perak, “kata Durakovic.

Begitupun, jurulatih dari Australia itu yakin bahawa dia mempunyai pengganti yang sesuai untuk mengisi kekosongan itu.

“Sedikit rombakan akan dilakukan bagi mengimbangi pasukan.

“Lagipun, Perak mendapat kembali khidmat kapten, Shahrul Mohd Saad, selepas menjalani penggantungan,” katanya.

Durakovic yakin benteng Perak akan bertambah mantap dengan kepulangan Shahrul yang akan digandingkan dengan import baru, Hussein Eldor.

Hussein pertama kali diturunkan ketika pertemuan dengan Pahang di Stadium Darul Makmur, Kuantan, Ahad lalu, dengan aksi berkesudahan 0-0.

“Perlawanan ini penting buat Perak. Kami perlu kutip mata penuh bagi meneruskan pendakian carta liga,” tambahnya.

Perak menduduki tangga keenam dengan mengutip 18 mata dan berpeluang memintas Melaka yang berada satu tangga di atasnya.-SA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");