Berita Hari Ini

Pergeseran Dengan istana Johor: Anwar Sokong Dr Mahathir

Presiden PKR Anwar Ibrahim menyatakan sokongan kepada Dr Mahathir Mohamad dalam pertembungan perdana menteri dengan istana Johor.

Anwar juga berpandangan pertembungan itu bukan bersifat peribadi.

“Ia bukan isu peribadi (personal). Perdana menteri mahu memastikan semangat perlembagaan dipatuhi dan saya fikir kami bersamanya dalam isu ini,” katanya kepada pemberita selepas bersama calon DAP Vivian Wong, beramah mesra dengan penduduk di Sandakan hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita berkenaan isu melibatkan Mahathir dan istana Johor baru-baru ini.

Semalam, Mahathir menyifatkan Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebagai “budak kecil yang bodoh”.

Mahathir berkata demikian ketika mengulas kenyataan Tunku Ismail bahawa jasa dan sumbangan ayahandanya Sultan Ibrahim Sultan Iskandar seperti memberi tanah kepada rakyat dan kerajaan tidak ditimbulkan.

TMJ membuat kenyataan itu susulan laporan media mengenai sebidang tanah di Bukit Chagar yang dirancang untuk projek Sistem Transit Aliran Johor-Singapura (RTS) yang dikatakan ditukar milik atas nama Sultan Johor.

Bagaimanapun, Sultan Ibrahim bertitah baginda sedia menyerahkan kembali tanah tersebut tanpa kos.

Terdahulu, Pengerusi PKR Johor Hassan Karim menggesa Mahathir dan istana negeri supaya segera mengentikan perbalahan terbuka.

Anwar yang berada di Sandakan hari ini, membantu kempen calon DAP Wong, melawat bazar ramadan di pusat bandar di mana calon DAP turut mengiringinya.

Beliau dijadualkan untuk melawat dua lagi masjid bagi iftar dan terawih sebelum mengadakan ceramah malam di Bandar Prima.

“Beliau (Wong) bekerja kuat, nasihat saya kepadanya supaya beliau perlu berjumpa setiap pengundi, bercakap dengan mereka dan memahami aspirasi mereka dan berjanji membangkitkan isu yang menjejaskan orang awam di Sandakan ke parlimen seterusnya kepada kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan.

“Saya percaya dengan kelayakan beliau dan pemuda yang bertenaga, beliau akan berkhidmat dengan baik,” kata Anwar ketika ditanya apakah nasihat beliau kepada Wong-Mkini

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");