Perak Hari Ini

Perkataan ‘Ceroboh’ Yang Digunakan Bukan Bermaksud Kerajaan Negeri Zalim- Ahmad Faizal

IPOH- Kerajaan Perak menolak dakwaan mengenai tindakan menzalimi masyarakat orang asli di Kampung Cunex dengan mengklasifikasikan mereka sebagai penceroboh.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata kerajaan negeri hanya menggunakan perkataan atau terma tertentu sahaja apabila berlaku sesuatu perkara.

“Perkataan ceroboh yang kita gunakan menggambarkan tindakan ada pihak yang tinggal di tanah milik kerajaan secara tidak sah.

“Namun, tiada sebarang tindakan zalim yang pernah dibuat oleh kerajaan didalam menangani perkara seperti orang asli yang membuka kampung-kampung baharu di hutan simpan dan sebagainya,” katanya.

Selain itu beliau turut mempersoal tindakan daripada pihaknya sendiri kerana pihak kerajaan negeri tidak mengambil sebarang tindakan undang-undang atau menahan orang asli di kampung berkenaan ekoran daripada hal demikian.

“Apakah hari rumah-rumah orang asli di Kampung Cunex telah dirobohkan oleh pihak kerajaan sehingga menyebabkan penduduk orang asli ini tiada tempat berteduh?.

“Adakah perkara ini benar berlaku atau kerajaan hanya ingin menyelesaikan rakyat di negeri ini tanpa mengira kaum?,” soalnya.

Dalam pada itu, beliau berharap walaupun banyak pihak yang bercakap mengenai perkara berkenaan tetapi mereka tetap dapat memahami tentang keadaan sebenar.

“Bukan semata-mata disebabkan perkataan ceroboh yang kami gunakan seolah-olah kerajaan negeri bertindak zalim terhadap minoriti orang asli ini,” jelasnya

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media semasa Majlis Penyerahan Juadah Aidilfitri 2019 kepada pasukan berunifor, daripada kerajaan negri dan badan NGO Persatuan Amal Isteri Harapan Perak (Kasih) di Dewan Banquet, Bagunan Perak Darul Ridzuan hari ini.

Dalam perkembangan yang sama Ahmad Faizal berkata, sebanyak 20,500 kotak bungkusan makanan telah disediakan yang mengandungi makanan seperti rendang, ketupat, kuah kacang dan makanan untuk beraya disampaikan kepada pasukan-pasukan berunifom di seluruh negeri Perak yang terpaksa berjauhan daripada keluarga yang terpaksa bertugas sewaktu hari raya.

“Perkara ini sekadar untuk menghargai jasa mereka yang terpaksa berkorban berjauhan dari keluarga dan tidak merayakan hari raya seperti orang lain semata-mata untuk memberi perkhidmatan kepada rakyat san negara kita,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");