Perak Hari Ini

PERKESO Serah RM36,862 Faedah SIP

IPOH: Seramai 18 orang berinsurans dan disahkan kehilangan pekerjaan telah dipilih oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Negeri Perak untuk menerima Elaun Mencari Pekerjaan (EMP) melalui faedah Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) dengan melibatkan jumlah keseluruhan RM 36,862.67.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Pengguna, Masyarakat Sivil, Intergrasi Nasional dan Sumber Manusia, A. Sivanesan berkata berdasarkan statistik setakat bulan Mei tahun ini, seramai 15,185 orang berinsurans (OB) telah menerima bayaran dari SIP dan 687 daripadanya merupakan OB daripada negeri Perak.

“Seramai 145 orang OB telah kembali bekerja selepas mereka menyertai Program Penempatan Pekerjaan semula.

“Ini merupakan faedah SIP yang diberikan selain dari faedah kewangan iaitu berusaha menempatkan pekerjaan lain kepada OB selepas ditimpa pemberhentian kerja, “ katanya.

Beliau berkata demikian pada satu sidang media selepas merasmikan Majlis Penyampaian Faedah Kewangan Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) PERKESO Perak, di Wisma Perkeso, hari ini.

Majlis tersebut bertujuan untuk mempromosikan Sistem Insurans Pekerjaan kepada orang ramai serta meraikan orang berinsurans untuk menerima faedah daripadanya.

Ujar Sivanesan lagi, melalui SIP, OB yang telah hilang pekerjaan akan diberikan latihan untuk mempersiapkan mereka untuk pekerjaan yang baru.

“Pihak PERKESO dengan kerjasama Majlis Amanah Rakyat (MARA),Institut Latihan Perindustrian (ILP) dan juga Institut Kemahiran Mara (IKM) akan menyediakan latihan jangka masa pendek (maksimum 6 bulan) kepada individu OB yang telah kehilangan pekerjaan bagi mempersiapkan mereka untuk pekerjaan yang baru.

“Mereka yang hadir untuk program latihan tersebut juga akan menerima elaun sebanyak RM10 hingga RM20 sehari,” katanya lagi.

Pada perkembangan sama, disamping diberikan faedah Elaun Mencari Pekerjaan (EMP) serta elaun dan yuran latihan, Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) turut menyediakan Elaun Pendapatan Berkurangan (EPB) dan juga Elaun Bekerja Semula Awal (EBSA) kepada pemohon yang layak menerima faedah tersebut.

Selain itu, SIP juga menyediakan dua lagi faedah bantuan pencarian pekerjaan melalui Program Penempatan Kerjaya dan Kaunseling Kerjaya yang disediakan oleh Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan PERKESO untuk OB yang berdaftar.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");