Panasnya Hari Ini

Pernahkah Presiden PBS Bangkit Soal 1MDB ketika Jadi Menteri, Soal Kit Siang

Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang mempersoalkan sama ada Presiden PBS Maximu Ongkili pernah membangkitkan isu skandal 1MDB ketika menjadi menteri kabinet.

Ongkili merupakan menteri air, tenaga dan teknologi hijau dari 2013 hingga 2018.

“Maximus Ongkili merupakan menteri ketika 1MDB berlaku.

“Adakah dia pernah bangkitkan isu ini di kabinet?” soal Lim dalam ceramah di Kampung Sim-Sim, Sandakan semalam.

Beliau berkata demikian dalam ucapan sempena kempen pilihan raya kecil (PRK) Sandakan yang menyaksikan DAP mencalonkan Vivian Wong.

Dalam ucapannya, Lim turut membangkitkan penglibatan syarikat pelaburan Goldman Sachs dalam skandal 1MDB.

Ahli parlimen Iskandar Puteri itu juga bertanya sama ada hadirin percaya dakwaan Najib Razak yang mendakwa dirinya mangsa dalam skandal 1MDB lapor MKini.

“Bolehkah anda percaya bahawa bekas perdana menteri itu adalah mangsa, bahawa dia tidak pernah tahu apa yang terjadi?” soalnya kepada kira-kira 100 hadirin.

Sementara itu, Lim memuji kebolehan Vivian.

Jelasnya, sekiranya wanita berumur 30 tahun itu menang PRK ini, dia akan menjadi ahli parlimen paling muda dalam sejarah Malaysia.

Vivian merupakan anak bongsu penyandang parlimen Sandakan, mendiang Stephen Wong yang meninggal dunia 28 Mac lalu.

Vivian akan bertanding dalam pertembungan lima penjuru melawan calon PBS Linda Tsen dan tiga calon bebas.

Hari mengundi akan diadakan pada 11 Mei.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");