Sukan Hari Ini

PKNP Perlu Cepat Matang

SERI MANJUNG: Jurulatih PKNP, Abu Bakar Fadzim berharap pemainnya dapat menampilkan kematangan dengan cepat dalam mengharungi baki lapan perlawanan musim ini jika mahu terus kekal dalam Liga Super musim depan.

Beliau berkata, pemain harus segera mengatasi kegugupan ketika berada di kubu lawan serta membuat keputusan segera sama ada membuat hantaran atau merembat ke arah gol yang dikenal pasti antara kelemahan pasukan itu ketika ini, agar mampu mengutip mata demi mata dalam perlawanan berikutnya.

“Masa tidak menunggu pemain, sama ada mereka sudah bersedia atau tidak, perlawanan mesti terus dihadapi dan setiap kesilapan pasti dihukum atau kehilangan mata, dan peluang menjaringkan gol terlepas begitu saja.

“Kita masih boleh bersaing tetapi naluri pembunuh dalam kalangan pemain PKNP ketika ini dikongsi semua pemain, kita masih belum ada `playmaker’ atau pemain yang boleh menjadi tunjang kepada pasukan,” katanya.

Beliau bagaimanapun berpuas hati dengan persembahan anak didiknya yang mampu mengikat Selangor dalam saingan di Stadium Majlis Perbandaran Manjung, malam tadi, ketika PKNP bermain dalam keadaan tempang selepas kehilangan empat tonggak akibat kecederaan dan penggantungan.

Abu Bakar memuji kesungguhan pemain tempatan yang ada antaranya, pertama kali diturunkan sebagai kesebelasan utama, walaupun nampak tidak seimbang kerana hanya bersandarkan dua pemain import – Pedro Victor dan Yashir Pinto.

Ia berikutan penggantungan penyerang Giancarlo Lopez dan pertahanan, Amani Aguinaldo manakala Thomas Abbey tidak boleh beraksi selama lapan minggu akibat retak tulang kaki dan ketua pasukan, Hafiz Ramdan turut mengalami kecederaan.

“Saya puji semangat juang pemain yang mahu mengelak jurang mata yang besar apabila bangkit menyamakan kedudukan selepas ketinggalan 0-1.

“Satu mata bagi PKNP adalah cukup baik dalam keadaan kesukaran dihadapi kita ketika ini, sekali gus dapat kekal dalam kedudukan 10 pasukan teratas Liga Super,” katanya.-BH

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");