Sukan Hari Ini

Poch Teruja Penamat Empat Teratas

Finalis Liga Juara-Juara, Tottenham Hotspur memastikan kedudukan tangga keempat Liga Perdana Inggeris apabila mereka menamatkan kempen seri 2-2 dengan Everton, malam tadi.

Tottenham sedar satu mata sudah mencukupi untuk memastikan tempat ke Liga Juara-Juara bagi musim keempat berturut-turut di bawah pengurus Mauricio Pochettino, namun Spurs terlepas peluang mencatat penamat tempat ketiga berturut-turut apabila Chelsea seri 0-0 dengan Leicester.

Pemain Spurs mungkin boleh dimaafkan kerana hilang dalam “satu mimpi” – perkataan yang digunakan Pochettino menggambarkan kebangkitan hebat pasukannya pada separuh akhir menentang Ajax susulan hatrik Lucas Moura Rabu lalu, gol kemenangan hadir pada minit ke-96 sekali gus final Liga Juara-Juara pertama buat Tottenham.

Final Liga Juara-Juara menentang Liverpool di Madrid tiga minggu lagi dan Spurs kelihatan bersemangat untuk mengekalkan momentum di stadium baharu selepas mengalami beberapa kekalahan dalam liga lapor HMetro.

“Menakjubkan, saya mahu mengucapkan tahniah kepada pemain saya, mereka adalah adiwira,” kata Pochettino.

“Saya terlalu bangga tapi musim kami belum berakhir lagi. Kami ada tiga minggu untuk bersiap sedia bagi final, satu daripada perlawanan paling penting dalam sejarah kami. Musim ini kami tidak berputus asa. Semangat sepasukan amat fantastik.

“Apabila kami memulakan musim tiada siapa percaya, objektifnya tidak pernah menamatkan dalam kelompok empat teratas dan tidak pernah terlintas untuk beraksi pada final – tapi impian kami pamerkan sepanjang musim membantu kelab ini layak ke final dan penamat empat teratas.

“Orang ramai perlu sedar apa yang diraih kelompok pemain ini,” kata Pochettino, yang tidak berbelanja besar dalam pasaran perpindahan pemain.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");