Membawang Hari Ini

PU Abu Beri RM10,000 Untuk Bekas Isteri

Walaupun sehingga ke hari ini masih belum ada apa apa kenyataan rasmi tentang status beliau yang dikatakan sudah berkahwin lain meninggalkan isterinya yang sedang sarat hamil, PU Abu terus menjadi perhatian ramai.

Dalam kemaskini terbaru menerusi Instagram beliau, PU Abu mendedahkan yang beliau sudah selesai membeli barang keperluan anaknya yang bakal lahir dan memberikan hampir RM10,000 untuk bekas isterinya sebagai nafkah.

Ada yang memuji tindakan PU Abu yang dilihat tidak mengabaikan keperluan bekas isteri dan anak dalam kandungan namun ramai yang mempertikaikan tindakan beliau ini sebagai satu tindakan untuk menyedapkan hati orang ramai.

Ramai berharap yang ini bukan nafkah terakhir yang diberikan kepada bekas isterinya dan PU Abu mampu menjalankan tanggungjawab sebagai bapa dan bekas suami yang baik untuk bekas isterinya kelak. (rtky/m)

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");