Membawang Hari Ini

“Ramadan Ini Tak Sempat Tutup Aurat, Tapi Sempat Tutup Komen IG”

Sebut saja nama Sharifah Sakinah, pasti ramai tahu bahawa pelakon ini sinonim dengan karakternya yang gila-gila dan penampilannya yang agak seksi. Meskipun sering dikritik teruk oleh netizen, Sakinah sememangnya kalis dengan kecaman.

Jika anda mengikuti perkembangan Sakinah, pasti dapat melihat pelakon ini menutup ruangan komen akaun Instagram miliknya.

Menerusi Insta Story, Sakinah menjelaskan dia bertindak menutup ruangan komen di Instagram bagi menghormati bulan Ramadan kerana tidak mahu terpengaruh dengan komen-komen negatif netizen.

“Hi semua, lupa nak wish dekat korang selamat menyambut ramadhan. Lepas itu, the reason why I turn off the comment sebab Sakinah tak nak baca my komen, takut terpengaruh pulak.

“So, for this ramadhan mungkin tak sempat lagi menutup aurat, tapi sempat menutup komen di Instagram,” tulisnya.

Apa pun bagus juga tindakan yang dilakukan oleh Sharifah Sakinah. Bulan puasa bukan hanya menahan lapar dan minum tapi perlakuan dan kata-kata juga perlu dijaga.-Rotikaya

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");