Membawang Hari Ini

Reka Keterangan Palsu: Farid Kamil Didenda RM2,000

PELAKON dan pengarah terkenal, Datuk Farid Kamil didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya selepas mengaku bersalah terhadap membuat laporan polis palsu Balai Polis Taman Tun Dr Ismail, tahun lalu.

Menurut Sinar Online, keputusan itu dibuat Majistret Salamiah Salleh dan memerintahkan Farid Kamil menjalani hukuman penjara tiga bulan sekiranya gagal menjelaskan bayaran denda tersebut.

Farid Kamil, 38, mengaku mereka keterangan palsu bersabit sebuah laporan polis dengan memasukkan maklumat palsu dan tidak benar yang mana laporan itu boleh digunakan dalam prosiding jenayah dan diambil pertimbangan oleh pegawai polis yang menerima laporan terbabit.

Kesalahan itu dilakukannya di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur jam 5.54 petang pada 31 Januari 2018.

Pendakwaan dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Wan Nur Fariha Najwa Wan Azaham mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara enam bulan atau denda RM2,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pada prosiding itu, Farid Kamil diwakili peguam Megat Syazlee Mokhtarom.

Pada 10 Mac 2018, Farid Kamil mengaku tidak bersalah atas pertuduhan sama mengikut Seksyen 192 Kanun Keseksaan.

Farid dalam sidang media sebelum ini mendedahkan gambar dua individu iaitu Taj dan Osh sebagai pengurus artis dan penyanyi yang didakwa meletakkan dadah dalam minumannya.

Farid turut menafikan dua artis yang tampil memberi keterangan berhubung kes dadah itu bukan individu sebenar digambarkannya kepada polis.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");