Perak Hari Ini

RM7 Bayaran Minimun Zakat Perak

IPOH- Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzudin Shah telah berkenan memperakui pandangan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak Kali Ke-26 pada 16 Januari untuk menetapkan harga bagi zakat fitrah bagi tahun 1440H/2019M dengan tiga pilihan harga iaitu RM7, RM14 dan RM21.

Menurut kenyataan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif bahagian Pengurusan, Mohd Haidi Sulaiman, harga minima zakat yang perlu dibayar oleh setiap individu yang berkewajipan mengeluarkan zakat fitrah adalah sebanyak RM7.

Walaubagaimanapun katanya, adalah digalakkan para pembayar fitrah untuk membayar melebihi kadar tersebut mengikut beras yang dimakan atas dasar ‘tatawwu’.

“Kadar yang ditawarkan adalah RM14 bagi pembayar yang menggunakan beras wangi, beras putih import, beras perang, beras pulut, herba poni dan yang seumpamanya.

“Manakala RM21 bagi pembayar yang menggunakan beras basmathi, beras jepun, beras merah dan yang seumpamanya,” katanya.

Katanya, bagi memudahkan para pembayar zakat, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) telah melantik seramai 1,897 orang amil fitrah di seluruh negeri Perak yang mana akan bertigas di semua masjiddan surau dalam negeri.

“Kaunter sementara dan kaunter bergerak juga akan dibuka di beberapa tempat pilihan dan tumpuan orang ramai sepanjang bulan Ramadhan ini,” katanya.

MAIPk juga menyeru orang ramai agar menggandakan amalan di bulan mulia ini dengan merebut peluang menunaikan Zakat Harta dan seterusnya menyumbang wakaf tunai bersama Wakaf Perak Al-Ridzuan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");