Berita Hari Ini

RON97 Turun 2 Sen, RON95 Dan Diesel Kekal

Harga petrol RON97 turun sebanyak 2 sen mulai jam 12 tengah malam ini menjadikan bahan api itu kini berharga RM2.68 seliter berbanding RM2.70 seliter minggu lalu.

Menurut Kementerian Kewangan, harga RON95 dan diesel pula kekal tidak berubah dari minggu lepas pada harga RM2.08 dan RM2.18 seliter.

“Berdasarkan pengiraan di bawah formula APM, harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh yang sama sepatutnya adalah sebanyak RM2.38 seliter dan RM2.45 seliter masing-masing.

“Namun, harga runcit bagi kedua-dua produk adalah dikekalkan pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter selaras dengan keputusan kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum dan mengurangkan kos sara hidup rakyat,” kata kementerian kewangan dalam kenyataannya.

Harga baru itu berkuat kuasa dari 18 Mei sehingga 24 Mei.

“Anggaran subsidi yang perlu ditanggung kerajaan bagi tempoh 18 Mei sehingga 24 Mei berjumlah RM99.19 juta,” katanya.

Kerajaan sebelum ini mengembalikan semula mekanisme apungan harga petrol dan diesel secara mingguan mulai 1 Jan lalu dengan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM).

Pada 27 Feb lalu, Kementerian Kewangan mengumumkan kabinet memutuskan untuk menurunkan harga siling bagi RON95 kepada RM2.08 seliter dari RM2.20 seliter. Manakala harga diesel dihadkan pada RM2.18 seliter.-Mkini

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");