Sukan Hari Ini
Like

Salah Tayang Kasut Emas

May 14, 2019
258 Views
0 Comments
1 minute read
Salah Tayang Kasut Emas

LONDON: Bintang Liverpool Mohamed Salah meraikan kemenangan Kasut Emas Liga Perdana Inggeris untuk musim kedua berturut-turut dengan memuat naik gambar kedua-dua anugerah berkenaan di laman Instagram.

Bagaimanapun musim ini Salah berkongsi anugerah berkenaan dengan rakan sepasukan Sadio Mane dan penyerang Arsenal Pierre-Emerick Aubameyang yang turut meledak 22 gol dalam saingan liga kali ini.

Musim 2017-18 yang juga adalah kempen pertama Salah di Liga Perdana Inggeris, dimenangi pemain Mesir itu dengan 32 gol.

Walaupun Liverpool terlepas kejuaraan Liga Perdana kepada Manchester City yang mendahului dengan kelebihan satu mata, Salah masih mampu meraih kejayaan untuk pasukan dan dirinya musim ini.

Dia mungkin tidak setajam musim lalu tetapi Salah menamatkan musim ini dengan meledak lima gol dalam enam penampilan terakhir liga.

Selain menjaringkan gol, Salah turut mencipta peluang dengan melakukan 11 umpanan gol untuk Liverpool musim ini.

Salah dan Liverpool masih berpeluang menamatkan kempen dengan kilauan trofi apabila bertemu Tottenham Hotspur pada final Liga Juara-Juara 1 Jun ini.

Dalam 11 penampilan di pentas Eropah itu musim ini, Salah meledak empat gol. – AGENSI

Komen & Pendapat

Comments are closed.