Perak Hari Ini

Santuni Masyarakat Orang Asli

IPOH: Bersempena dengan kemuliaan Bulan Ramadan, Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP) julung kalinya menganjurkan majlis berbuka puasa dan penyerahan kotak sumbangan kepada masyarakat Orang Asli di Kampung Sungai Perah di Parit dan Kampung Lawai di Sungai Siput, baru-baru ini.

Menurut satu kenyataan, program yang diadakan di kedua-dua buah kampung itu berlangsung secara serentak dan melibatkan sekitar 60 kakitangan agensi tersebut.

“Perjalanan yang masing-masing mengambil masa selama satu jam ke Kampung Sungai Perah manakala dua jam ke Kampung Lawai dirasakan terlalu lama, lebih-lebih lagi apabila terpaksa mengharungi laluan yang agak mencabar untuk tiba ke kampung-kampung tersebut.

“Dalam erti kata lain, perjalanan tersebut begitu menguji kesabaran dan ketahanan fizikal serta mental warga kerja PPPNP yang terlibat.

“Namun begitu, bagi merealisasikan program ini, segalanya dapat ditempuh dengan mudah,” katanya.

Antara aktiviti yang diadakan di Kampung Sungai Perak ialah seperti aktiviti menyembelih dan melapah daging lembu dan menyediakan juadah berbuka puasa yang lain secara bergotong-royong.

Manakala di Kampung Lawai pula, kesemua peserta terlibat dalam menyediakan juadah berbuka puasa seperti Nasi Arab dan sebagainya.

Selain kakitangan PPPNP, kedua-dua acara tersebut turut disertai penduduk setempat yang mana ia secara tidak langsung dapat mempereratkan lagi hubungan antara agensi dan masyarakat Orang Asli di situ.

Dalam majlis sama, seramai 174 ketua keluarga dari Kampung Sungai Perah dan 30 dari Kampung Lawai menerima kotak sumbangan makanan daripada PPPNP.

Ia turut disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jalong, Loh Sze Yee yang juga sama-sama beramah mesra dengan penduduk setempat.

Difahamkan kedua-dua kampung tersebut termasuk, Kampung Sungai Pelawan di Sungai Manik dan Kampung Batu 14 di Tapah merupakan penempatan masyarakat Orang Asli yang dijadikan sebagai projek Kampung Angkat oleh PPPNP.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");