Perak Hari Ini

Saya Alu-Alukan Kerjasama NGO Demi Kepentingan Rakyat- MB

IPOH: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menegaskan bahawa kerajaan negeri sentiasa mengalu-alukan semua organisasi bukan kerajaan (NGO) untuk bekerjasama demi rakyat.

Ini berikutan wujudnya kenyataan penafian daripada sebuah NGO yang mengatakan mereka tidak pernah menghalang pentadbiran kerajaan negeri dan juga menggunakan orang asli untuk menghentikan aktiviti pembalakan.

“Jika benar mereka tidak memudaratkan pentadbiran kerajaan negeri dan bekerja secara ikhlas, saya sentiasa mengalukan kerjasama dari mereka ataupun NGO lain di luar sana demi memastikan kepentingan rakyat sentiasa didahulukan.

“Begitu juga dengan segala usaha yang dilakukan dalam apa jua industri di negeri agar dapat dipelihara dengan baik kerana semua yg terlibat secara sahnya ini juga merupakan sebahagian daripada kita,” katanya.

Beliau berkata demikian pada satu sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Penasihat Pembangunan Telekomunikasi dan Multimedia Negeri Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan, hari ini.

Sidang media tersebut juga dihadiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan NGO Negeri Perak, Hasnul Zulkarnain.

Pada perkembangan sama, Hasnul juga turut menegaskan kepada semua NGO di luar sana agar mendapatkan maklumat yang benar daripada pihak kerajaan negeri sebelum melakukan tindakan.

“Sebelum melakukan apa-apa tindakan mereka seharusnya tahu adakah mereka melakukan prosedur yang betul yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.

“Ini bagi mengelakkan kerugian daripada dihadapi oleh pihak-pihak tertentu dan juga kerajaan negeri seperti yang berlaku sebelum ini apabila mereka terpaksa menghentikan sesuatu aktiviti itu oleh kerana mereka tidak mengikut prosedur yang telah ditetapkan.

“Oleh itu saya mengharapkan kepada NGO di luar sana agar kita sentiasa berdialog dan bukannya terus ke lapangan dan mengambil tindakan yang tidak sepatutnya,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");