Sukan Hari Ini

‘Saya Mahu Mourinho Bimbing Juventus’

LONDON: Bintang Juventus, Cristiano Ronaldo dilaporkan mahu Jose Mourinho dilantik sebagai pengurus buat juara Itali berkenaan bagi menggantikan Massimiliano Allegri.

Allegri meninggalkan Juventus selepas selepas memimpin gergasi Serie A itu selama lima tahun.

Menurut laporan La Gazzetta dello Sport, Ronaldo memberikan cadangan nama Mourinho sebagai calon yang sesuai untuk menggantikan jawatan ditinggalkan Allegri.

Ketika ini, Mourinho masih belum mempunyai sebarang jawatan sejak dipecat oleh Manchester United, Disember tahun lalu.

Kedua-duanya berasal dari Portugal, namun hubungan mereka sebelum ini tidak begitu baik walaupun pernah bekerjasama ketika bersama Real Madrid.

Namun berdasarkan pencapaian, Mourinho yang dikenali sebagai `Special One’ itu jelas memiliki rekod baik ketika membimbing kelab Itali semasa mengendalikan Inter Milan.

Selain daripada Mourinho, Carlo Ancelotti juga turut dikaitkan bakal mengisi jawatan pengurus skuad The Old Lady itu. – AGENSI

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");