Membawang Hari Ini

Saya Memilih Untuk Berdiam – Ammar

“SAYA memilih untuk berdiam diri kerana anda tidak layak mengetahui kebenaran yang anda tidak akan pernah tahu,” kata pelakon filem Paskal, Ammar Alfian yang didakwa berlaku curang oleh isterinya, Nelissa Nezam.

Menurut Harian Metro, Ammar, 32, atau nama sebenarnya Ammar Alfian Aziz Mohd Zakri berkata, dakwaan itu adalah fitnah dan isterinya sudah meminta maaf atas tindakan dibuat selepas memuat naik status di Instagram, semalam.

“Untuk pengetahuan, isteri saya sudah memohon maaf atas setiap kenyataan yang dikeluarkan.

“Saya juga memaafkan dia seperti mana memaafkan anda atas spekulasi dan fitnah terhadap saya,” tulisnya di Instagram Stories.

Bagaimanapun, status yang dimuat petang tadi dipadam beberapa minit kemudian.

Ammar, kemudiannya memuat naik satu lagi status berbentuk kata-kata yang memberi gambaran supaya bijak mengawal situasi berlaku.

Hantaran itu disertakan dengan kenyataan pendek ‘i choose silence’ (saya memilih untuk berdiam).

Semalam, Isteri Ammar mendakwa pelakon itu curang dengannya yang kini hamil enam bulan.

Nelissa yang hamil anak pertama mereka memuat naik status di dalam bahasa Inggeris itu di Instagram miliknya.

Menerusi status sama, Nelissa berkata, selepas mengetahui perbuatan suaminya, dia berasa seluruh dunianya hancur dan tidak mampu menempuhi dugaan itu.

Dia juga sama sekali tidak menyangka dirinya berkahwin dengan seseorang yang tidak mempunyai hati dan perasaan.

Sementara itu, Nellisa ketika dihubungi Harian Metro mengakui dia tidak sepatutnya memuat naik perkara itu di laman sosial.

“Saya tidak berfikir panjang dan ketika itu berasa sangat marah. Buat masa sekarang, saya mahu ‘move on’ daripada perkara ini dan fokus pada kehamilan.

“Paling penting, saya ingin bersama keluarga dan sentiasa berfikiran positif hingga bersalin,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");