Perak Hari Ini

Saya Sedia Beri Kerjasama – Kesavan

IPOH: Ahli Parlimen Sungai Siput, Kesavan Subramaniam menegaskan bahawa beliau akan memberi kerjasama kepada pihak polis dalam melakukan siasatan berkenaan dakwaan gangguan seksual seorang ahli parlimen PKR di Perak.

Ini berikutan wujudnya satu laporan polis daripada seorang wanita yang mengatakan bahawa ahli parlimen berkenaan telah melakukan gangguan seksual terhadapnya.

“Saya sedia maklum satu laporan polis berniat jahat telah dibuat oleh seorang wanita yang mengaku sebagai seorang pegawai penyelidikan parlimen saya.

“Pertama kali saya dihubungi oleh wanita tersebut ialah sekitar 2017 semasa mengendalikan kempen membantah pemindahan pengundi-pengundi hantu ke kawasan Dun Hutan Melintang dan pada ketika itu saya adalah ADUN Hutan Melintang.

“Pada ketika itu, wanita tersebut memberi tahu bahawa dia ingin membantu kempen saya serta menghalang pemindahan pengundi hantu dan mengaku diri beliau seorang peguam yang juga rapat dengan seorang pemimpin MIC Perak pada masa itu yang turut bertanding di Dun Hutan Melintang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada satu sidang media yang turut dihadiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Hal Ehwan Pengguna, Masyarakat Sivil, Integrasi Nasional dan Sumber Manusia, A. Sivanesan di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh, hari ini

Ujarnya lagi, beliau menerima tawaran bantuan itu dengan terbuka kerana dia mahu menjadi seorang sukarelawan yang mahu membantu kempen saya.

“Selepas saya menjadi Ahli Parlimen Sungai Siput, dia sekali lagi menyatakan hasratnya untuk membantu saya sekali lagi secara sukarela walaupun dia sudah mempunyai keluarga.

“Pada ketika itu, dia berkelakuan seperti kawan kepada saya dan isteri dan selalu menelefon saya serta bercuti bersama kami di Melaka.

“Tetapi lama kelamaannya kekerapan dia menelefon saya semakin bertambah sehingga berpuluh kali sehari dan jika saya tidak menjawabnya dia akan mula marah,” katanya lagi.

Tambah kesavan lagi selepas daripada itu keadaan mula menjadi lebih rumit apabila wanita tersebut mula campur tangan dalam hal rumah tangga nya serta perjalanan Pusat Khidmat beliau di Sungai Siput.

”Dia pernah memburuk-burukkan isteri saya seolah mahu merosakkan rumah tangga kami dan begitu juga dalam hal kerja saya dengan mengganggu seorang pimpinan PKR yang lain untuk mengadu mengenai sikap saya.

“Saya juga didesak dan diugut supaya memberikan pas untuk mengikuti saya ke persidangan parlimen dan atas tiket itu beliau gunakan untuk mengaku sebagai pegawai pembantu saya.

Pada perkembangan sama, Kesavan telah membuat satu laporan polis pada awal bulan Mei ini mengenai gangguan dan tekanan dari wanita tersebut.

“Saya akan memberi keterangan kepada pihak berkuasa dan memberi kerjasama penuh dalam siasatan yang bakal dijalankan, termasuklah menyerahkan bukti-bukti yang menunjukkan gangguan dan gutuan yang dibuat untuk merosakkan rumah tangga serta kerjaya saya.

“Selain itu, saya juga telah menyerahkan perkara ini kepada peguam-peguam untuk mengambil tindakan undang undang yang selanjutnya untuk membersihkan nama saya dan isteri,” katanya.

Terdahulu, pihak polis mengesahkan telah menerima laporan pada 16 Mei lepas daripada bekas pembantu seorang anggota parlimen di Perak yang mendakwa diganggu secara seksual oleh anggota parlimen itu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");