Berita Hari Ini

Sebutan Semula Kes SUV Terjunam Ke Laut 28 Jun

BUKIT MERTAJAM: Mahkamah Majistret di sini, hari ini menetapkan 28 Jun depan untuk sebutan semula kes bekas pekerja salun yang dituduh memandu secara berbahaya hingga menyebabkan kematian seorang pelajar kolej.

Memetik laporan BH Online, Hakim Ahzal Fariz Ahmad Khairuddin menetapkan tarikh itu untuk membolehkan peguam tertuduh, S Parameswaran, meneliti dua laporan forensik yang baharu diterimanya hari ini.

Tertuduh, K Vaitheswaran, 21, didakwa mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda RM20,000 dan hilang kelayakan lesen memandu sehingga tiga tahun jika disabitkan kesalahan.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Kilometer 4, Jambatan Pulau Pinang menghala ke Perai, pada jam 3 pagi pada 20 Januari lalu.

Dalam kejadian itu, Vaitheswaran yang memandu Toyota Vios berlanggar dengan SUV yang dipandu Moey Yun Peng, 20, di atas jambatan berkenaan sehingga SUV jenis Mazda CX-5 itu hilang kawalan dan terjunam ke laut.

Pada 11 Februari lalu, tertuduh mengaku tidak bersalah dan dibenar ikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin

Mahkamah turut mengarahkan lesen memandu tertuduh digantung sehingga kes berkenaan selesai.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Afiqah Zakaria.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");