Berita Hari Ini

Sekatan Ke Luar Negara Adalah Cadangan Rakyat, PTPTN Masih Berpegang Kepada Janji Manifesto

KUALA LUMPUR : Sekatan ke luar negara terhadap peminjam yang culas masih pada peringkat cadangan dari rakyat menerusi platform Konsultasi Nasional yang dilancarkan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN).

Menurut Pengerusinya, Wan Saiful Wan Jan, pihaknya berpegang kepada janji dalam manifesto sebelum ini yang menghentikan sekatan perjalanan ke luar negara terhadap peminjam.

Bagaimanapun, PTPTN sebagai badan pelaksana perlu mendengar pendapat rakyat dan mengambil langkah yang lebih proaktif untuk memudahkan peminjam dan bakal peminjam.

“Sekatan ke luar negara ini memang cadangan dari orang awam. Kita masih berpegang kepada janji dalam manifesti kami yang menghentikan penyekatan ini.

“Tetapi realitinya masih ada yang berpendapatan sekatan ini perlu dilakukan dan ada dasar yang menunjukkan ada faedah dari sekatan sebegini.
“Jika dilihat dalam dokumen Konsultasi Nasional masih ada cadangan lain dan sekatan lain yang disuarakan oleh orang awam. Jadi jika anda rujuk kepada dokumen (Konsultasi Nasional) anda boleh lihat beberapa cadangan lain yang dikemukakan,” katanya.
Secara peribadinya, jelas Wan Saiful, beliau sendiri tidak selesa dengan cadangan sekatan ke luar negara ini.

“Bagaimanapun kita menghormati pandangan rakyat dan menerusi platform inilah mereka boleh suarakan pandangan mereka untuk dianalisa semula.

“Saya faham untuk beberapa minggu ini mesej yang disampaikan ini tidak akan jelas, namun saya percaya untuk beberapa hari akan datang rakyat akan memahami sepenuhnya tujuan platform ini diadakan,” ujarnya.

Dalam pada itu, jelas Wan Saiful, Konsulatasi Nasional yang dilancarkan di laman web PTPTN bakal dibentangkan kepada tiga kementerian berkaitan iaitu Kementerian Pendidikan, Belia dan Sukan serta Kewangan.

Katanya lagi, semua maklumat itu dianalisis secara terperinci dan keputusan yang bakal dicapai akan dibentangkan kembali kepada rakyat lapor Astro Awani.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");