Berita Hari Ini

Semakan Status Temu Duga Konstabel Polis Pada 24 Mei

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengadakan eksesais temu duga bagi jawatan Konstabel Polis gred YA1 (lelaki) untuk calon yang sudah melepasi ujian integriti pada siri lalu.

Memetik laporan BH Online, Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Datuk Asmawati Ahmad, berkata semakan status kelayakan untuk menghadiri temu duga berkenaan boleh dibuat menerusi sistem semakan dalam talian, https://sso.rmp.gov.my/AP/AP_SEARCH.aspx, mulai jam 5 petang, pada 24 Mei ini.

Katanya, hanya calon terpilih akan menerima surat panggilan yang akan menyatakan tarikh dan lokasi temu duga itu.

“Calon terpilih dikehendaki mencetak surat panggilan itu, hadir pada tarikh serta lokasi dinyatakan dalam surat panggilan (calon tidak dibenarkan menukar tarikh dan lokasi temu duga).

“Selain itu, mereka perlu hadir ke lokasi temu duga sebelum jam 7.30 pagi.

“Calon terpilih juga perlu menyediakan semua keperluan dinyatakan dalam surat panggilan, termasuk maklumat peribadi dua orang ahli keluarga terdekat (kecuali ibu bapa dan adik-beradik) dan dua rakan karib (tempoh persahabatan melebihi lima tahun),” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Asmawati berkata calon terbabit wajib berkemeja putih, bertali leher hitam, berseluar gelap dan kasut hitam ketika menghadiri sesi temu duga.

“PDRM berhak menolak mana-mana calon yang gagal memenuhi syarat ditetapkan dan sebarang keputusan adalah muktamad,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");