Berita Hari Ini

Senator Kontroversi Australia Tewas Kerusi Senat

Senator Australia, Fraser Anning yang menyalahkan pendatang Muslim antara punca kepada pembunuhan beramai-ramai di masjid di Christchurch, New Zealand Mac lalu, tewas di kerusi Senat.

Menurut The Sydney Morning Herald, Anning gagal memperoleh cukup undi untuk mendapatkan kerusi itu di Parlimen.

Laporan itu menyatakan walaupun Anning memperoleh lebih banyak undi dalam pilihan raya itu, ia tidak mencukupi untuk memenangi kerusi berkenaan.

Ahli politik berhaluan kanan yang berusia 69 tahun itu menimbulkan kontroversi selepas dia menyalahkan pendatang Muslim susulan serangan seorang penggnas kulit putih terhadap dua buah masjid.

Sekurang-kurangnya 51 orang terbunuh dalam serangan itu termasuk seorang rakyat Malaysia.

Tidak lama selepas kenyataan itu, Anning ‘menerima balasan’ apabila sebiji telur dipecahkan ke kepalanya oleh seorang remaja, sebelum dia bertindak menampar remaja berkenaan.-Mkini

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");