Berita Hari Ini

Seorang Lagi Ditahan Kes Tendang, Pecahkan Cermin Kereta Wanita

KOTA BHARU: Polis menahan seorang lagi lelaki berhubung kejadian memecahkan cermin kereta di hadapan Bazar Buluh Kubu, awal pagi tadi.

Suspek berusia 28 tahun ditahan jam 2 pagi di bandar ini bagi membantu siasatan kejadian itu.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud, berkata setakat ini dua suspek ditahan termasuk seorang peniaga berusia 26 tahun.

Katanya, pihak mengesan tiga lagi individu bagi membantu siasatan dan mana-mana individu yang terbabit dalam kejadian itu supaya tampil membantu siasatan.

“Siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada laluan di lokasi sempit menyebabkan kenderaan yang dipandu mangsa bergesel sehingga berlaku pertengkaran,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita pada Program Community Policing: Sumbangan Ramadan kepada Asnaf anjuran bersama PDRM dan Yayasan Amal Datuk Zul Wisma di Kampung Tanjong Badang, di sini, hari ini.

Akhbar hari ini melaporkan, seorang wanita bersama adik dan dua anak berdepan detik cemas apabila kereta yang dinaiki mereka ditendang dan dipukul dengan kayu serta besi oleh beberapa lelaki di jalan hadapan Bazar Buluh Kubu, malam kelmarin.

Kejadian jam 10.30 malam itu menyebabkan cermin kereta dan kenderaan wanita berusia 40 tahun itu pecah serta rosak sehingga kerugian RM5,000.

Sebelum kejadian itu, mangsa dikatakan baru keluar dari parkir pasar raya dan meminta kepada peniaga supaya mengalihkan meja serta barang jualan kerana mahu melalui jalan itu.-BH

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");